Sunday, March 31, 2013

Sakit mata!!

Juz got back from PD yesterday. Actually we just went for the weekend je. It was ok, nyampah sebab mata ku masih sepet. It even hurts to open them! Yes, 'them'. Both my eyes sudah sakit sekarang. Ni semua salah Apish! eh?

By the way, berholiday with two small kids proved to be quite challenging. Especially if it's just you, hubby and them. Apa yg challenging nyer? Well, cer pikir cemana kitorang nak makan? Me handling Nafiz, yang semenjak dah active merangkak ni memang susah nak duk diam; yang hubby pulak have to handle nawfal, yang sokmo asik nak berlarian jer.. So sorang duk struggling trying to hold a baby still, yang lagi sorang kena jadi runner mengejar anak. Ater, cemaner nak makan? Cer kabo ke yop?

Maka kerana itulah, saya sebenarnye lebih prefer duduk di rumah sahaja kalau kena handle bebudak nih. Sebab kalau kuar, it could induce our stress level up to the max. Especially if there's no help. With help, I mean orang lain yg tolong pegangkan nafiz ke, tolong tengokkan nawfal ker while we eat. Huhu.. It might sound ridiculous or selfish even, but if you were in our shoes, haaaaa merasalah korang!

By the way, today is not quite a good day for us. I mean, syukur masih hidup and all, tapi malam tadi nafiz kena high fever. Lepas makan ubat dah ok, tapi takut naik balik nanti.. Nafiz, please be ok... Risau betul bila bebudak kecik kena high fever nih.. Si nawfal pulak, ear infection. Nanah kuar dari telinga dia. Tadi hubs bawak dia pegi ENT specialist, hope he's ok.. and of coz mataku yg sakit ini juga merupakan contributing factor kepada 'not-so-good' day. dan of coz, it's monday.

All in all, ya Allah, peliharalah keluargaku.. Semoga suami diberi ketabahan dan kesabaran menjaga kami semua. Love you hubss!

Wednesday, March 27, 2013

Rashes!

Malam tadi tengok badan nafiz was full of rashes. Tak sure sebab apa. My initial thought was "alamak, measles ke nih?" Dahlah dah a few days badan dia macam panas-panas demam. Tapi tak high fever lah. So macam duk risau. Macam ni ke measles? Tapi bila tanya pada my sis, katanya kalau measles, disertai dgn high fever. Tapi fever nafiz idak ler high so far.. Makanya, for confirmation, balik opis nanti haruslah membawa beliau ke klinik.

Kesian nafiz, baru je elok sakit mata, now this. The worst part is, sakit mata beliau itu menjangkit pada mamanya. Yes, me!!! Dah dapat 2 hari mc, kelmarin dan semalam. Hari ni datang jugaklah kerja. Sambil memakai spek dummy yg tiada power. huhuhu.. Sungguh tidak bergaya hokehhh!! :p

By the way, rashes nafiz mungkinkah disebabkan I suap dia makan telur rebus semalam? or maybe sebab cuaca yg panas? Hmmm hmmm.... Nafiz tu bila tido, memang baju dia selalu lenjun dgn peluh. Memang sangat kuat berpeluh budak itu! Ater, tengoklah saiznyer, yer dak? At almost 10 months old, he weighed 8.9kg. Dia lagi berat dari si abang dulu..

Nawfal on the other hand, sekarang ni entah naper asik bangun pukul 3, 4 pagi. Pastu ajak orang tengok tv lah, bukak fridge lah, etc. Kengkadang tu mmg terus bangun sampai lah waktu utk beliau ke nursery. Semalam, dalam keta on the way gi nursery tu dia tido. Mana taknye, bangun pukul 4 pagi! Haiyoh nawfal.....

Suffice to say, journey membesarkan anak ni bukanlah sesuatu yang mudah. Sokongan dari suami itu adalah sangat penting. I don't know how the single mothers do it, but it mustn't be easy.. Salute to all mothers!

Wednesday, March 20, 2013

Kepala Pusing-pusing

Yet another post, woohooo! Jangan hangat-hangat taik ayam okeh? (note to self)

Last night I woke up at 3 a. m. Asalnye sbb nak susukan nafiz. tapi pehtu tengok dia gelisah je macam takleh  tido, maka ku salinkanlah nappy beliau. Lepas tu baru dia tido lena. Pheww lega! Ingatkan nak sambung tido, tibe2 baru teringat iolz belum solat Isyak. hukhuk.. (Malu nak ngaku, tapi itulah hakikatnyer..). Maka bangunlah menunaikan kewajipan dahulu (kul 3 pagi. huhu...)

Lepas tu ingat nak sambung tido, tapi teringat pulak baju keje esok belum gosok lagi. Dah pilih-pilih baju (dan tudung), tibe-tibe teringat nak posa esok dan haruslah bangun sahur jap gi. Makanye, postpone dulu niat nak gosok baju. Gosok lepas sahur nanti lah, kata ku di dalam hati..

Nak dijadikan cerita, dah kul 5 tu si nawfal dah terbangun lah pulak... Dia rengek2 mintak susu, ayah dia buat kan.. (penjelasan: nawfal minum susu formula. Maka ayah dia tolong bancuhkan. Bukan nawfal bernenenkan ayah yer... Harap maklum). Lepas tu, dia mintak "nak ngok wi" (nak tengok tv) la pulak.. Maka ayah dia switch on kan tv dan kemudian ayah sambung tido. Yang si nawfal ni bila dia berseorangan, kacau ayah tak layan, maka haruslah mama yang dikacau. Digoncang-goncangnye badan ai suh bangun temankan dia. Dari situ lah bermula nya kepusing-pusingan dalam kepalaku. Akibat tido yang asik terganggu.

Come to think of it, I don't remember when was the last time I had a good slumber sleep. Rasenye sejak pregnantkan nawfal (which is 3 years ago) dulu, since then tak pernah dapat tido lena sampai ke pagi. Sentiasa ada nappy yg perlu disalin, dan ada susu yg perlu dibancuh atau dinenenkan... Well, begitulah kehidupan seorang ibu I guess. (and dads - sometimes)

It's not that I'm complaining.. I'm just sharing.. I bet there are mothers out there who experienced the same thing. So don't despair. You're not alone.

I bet there are also mothers who don't have to experience such things. Blessed those babies who slept well through the night.. (jelessssss!!!!)

The thing that keeps me going is that, I keep telling myself "takpe lah... bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian..." In which I hope, very-very hoping, that it will become true. (kalau tak jugak, I so will buy myself an LV. Well, maybe two.)

Kbai. :p

I'm Back!!!

Humang aii... Last post tahun 2011. It's 2013 now, dan saya pun sudah beranak dua. Apa?? Sudah beranak lagi sekali?? Yup, been there, done that ;)

So, yeah... Dua anak. Both boys. My sanity? At a perfectly satisfactory level (at least I think so. heheh). But I must say, it is most definitely challenging. Mempunyai anak yang agak rapat jarak umurnya. Mental kena kuat, fizikal juga. Almaklumlah, boys kan. Asik nak berwrestling jer! *roll eyes*

So nawfal is now 2 years plus, and Nafiz is almost 10 months now. Woohooo! Nafiz masih fully breastfed, alhamdulillah. Nawfal was fully breastfed till he's 13m.o, kemudian dah start bagi formula. Dengan nafiz ni hopefully dapat gak la lebih dari setahun. Almaklum, susu baby bawah setahun mahal (org kedekut memang cenggini :p)

So I've decided to start writing again. (hasil motivasi dari blog suami.) Hopefully tidak hangat2 taik ayam sahaja. Berusahalah mama N!!!

Banyak nak citer nih! tapi nanti2 lah yer... Till we meet again! xoxo! ;)