Wednesday, January 12, 2011

Sleepless Nights (memerlukan kesabaran yang tinggi)

Yesterday was Nawfal's second immunisation shot. And macam tau tau je dia nak kene cucuk the next day tu, malam tu dia punye lah cranky! Duk asik meragam je, tak mo diletak. Letak je dia meraung menjerit macam kene dera. hoho.. Mencabar mencabar~~ To make matters worse, dia macam tak nak dengan mama dia ni.. Punya lah macam-macam cara mama dia try to make him stop crying, but he won't stop. Duk terus melalak sambil meronta-ronta, menendang-nendang. Adoyai nawfal, awak tu dah lah dah 6.2 kg sekarang ni! Mama tak larat nak dukung lama-lama tau!

To make matters even worst, ayah dia demam selsema la pulak masa tu. So tak leh nak dukung dia sebab takut berjangkit. Adoi, lagi la mama nia ni terkapai-kapai. Macam dah nak lemas dalam laut, duk panggil-panggil orang tolong tapi takde sape nak tolong. Haa tu la, dah tau tak reti berenang, yang nak pegi tengah laut tak pakai life-jacket tu apahal! (ehh? lari tajuk.) Anyway, setelah mencuba pelbagai cara tapi masih tak berjaya memujuk si pipi tembam tu, akhirnya ayah dia yang demam selsema tu terpakse juga take over. Yerlah, kalau terus biarkan si mama ni yang pegang, silap-silap kene campak atas katil pulak budak tu.. Sebab dah cube banyak cara pun tak lut jugak, rase nak givap dah mama ni nawfal oii! Nasib baik laaa dia nak dengan ayah dia. Ayah dia pujuk-pujuk kejap, nyanyi-nyanyi sikit, terus dia tido. Pheww~~ thank you suami! you're a life saver! (suamiku life-jacket ku?)

Fuhh.. setelah mengalami episod-episod begini, barulah aku paham cmana boleh wujudnye kes-kes dera anak. Yerlah, kalau tahap kesabaran tak tinggi, memang dah kene dah budak tu.. Aku yang tahap kesabaran di aras yang agak tinggi ni pun dah rase nak hilang sabar, inikan pulak org yang panas baran. Yer dak? Seriously, until you become a parent yourself, you'll have no idea how it feels. The hopeless and helplessness feeling of hearing the child wailing without mercy. Aiyohh.. I salute all the single mothers who has to deal with this on their own. Seriously, I don't know how they do it.

Huu disebabkan sepanjang malam tu nawfal duk meragam, I couldn't sleep at all. So I decided to take EL je. Sebabnye kepala dah mula rase pening-pening lalat. Mata pun rase dah tak berapa mampu nak bukak, badan pun dah rase nak demam. So rehat je la.. Fuhhh.. ni baru dua bulan ni.. Still a long way to go.. Tapi orang kata these first few months je camni. Bile dah besar sikit nanti tak lah teruk sangat. Huh. Yeke? Lets just hope so, aite? Nawfal, please be a good boy for mama and ayah..

Ironically, babies ni can't be predicted. Bila time dia good mood, alahai adorable nyerr.. Boleh borak-borak dengan dia, dia pun respon buat bunyi-bunyi yang tak boleh di interpretasi. Senyum-senyum, jelir-jelir lidah, alahai comelnyerr~~ sejuk hati dibuatnyer.. Tapi kalau time dia meragam tu... YA AMPUNNN~~~ nawfallll!! rase nak jerit-jerit tarik-tarik rambut (macam emoticon kat YM tu).. fuhh fuhhh mencabar kesabaran.. Nasib baik la kata-kata sorang nurse mase aku bersalin dulu sentiase terngiang-ngiang kat telinga aku ni "Kak, sayang anak, kak. Penat akak bawak dia 9 bulan dalam perut.." Hmm bile pikir-pikir, betul gak tu. Punya lah aku mengusung dia ke hulu ke hilir dalam perut dulu, dah keluar ni tak kan nak di sia-sia kan. Betul tak? Maka, tarik nafas panjang-panjang, PUSSSHHHHH~~~ (ehh?!) heheh. Tarik nafas panjang-panjang, istighfar banyak-banyak, dan teruskan lah memujuk.. Buang perasaan negatif jauh-jauh, sebab mungkin babies can feel that negative aura..

Fuhh~~ Kesimpulannye, to all future mothers, be mentally prepared for this. Kumpulkan kesabaran banyak-banyak. Trust me, you'll need it. To future brides, make sure you choose someone who don't mind taking the night shift for the baby. Coz you can't handle this on your own (well, I can't). Make sure bakal suami sanggup bersengkang mata menjaga anak bersama-sama. And it's imperative that he took over when you've lost your cool, in order to prevent your name from appearing in the news as a child abuser. huhu. Enuff said.

4 comments:

  1. nak kene tanye future husband ni.. hihihi

    ReplyDelete
  2. haa tanye tanye.. penting nih. kalau perlu, suruh sign agreement sekali. hehe. :p

    ReplyDelete
  3. :)
    kakak i pernah face the same problem...n bila dia ngadu kat my mum...
    my mum said... 'takkan la Tuhan nak bg sorang mak tu..senang2 masuk syurga..kena la ada kerja sket...'

    tp kan nadia...bila budak tu dah besar..dah pandai panggil mama-papa...mesti rasa berbaloi jaga mlm2.. :)

    ReplyDelete
  4. betul kannnn... time dieorg nangis2 je yg pening kan. hehehehe.. yup, may kite semua jadi ibu2 yg cekal n more sabar kan ;) hehehehe

    ReplyDelete